Gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor, biasanya seseorang itu
diserang oleh gout kerana salah satu sebab utama, ringkasan ini ditulis
supaya anda dapat mengambil jalan penyelesaian penawarnya.
- Stress, telah terbukti memberi kesan negatif pada badan, melalui
pengurangan mineral dan nutrisi dan pengeluaran adrenalin dan hormon
stress (steroid). Stress juga boleh menurunkan sistem imun anda,
menukar paras sugar dalam daran dan menaikkan paras asid urik ke tahap
tinggi. Dadah biasanya akan menambahkan stress melalui dehidrasi tisu
organ dan menyempitkan laluan-neuro dan menyekat penyerapan zat nutrisi
dan mineral. Penawar alami boleh menanganinya.
- Makan makanan yang salah, cara makan, masa makan dan banyak mana
anda makan, secara terus memberi kesan pada kesihatan anda. Makan
terproses melemahkan sistem penghadaman anda, yang dengan itu melemahkan
sistem imun anda dan seterusnya akan membenarkan gout menyerang dan
berbagai lagi penyakit akan muncul. Ubatan tidak dapat menggantikan apa
yang makanan baik berikan. Penawar alami yang menggunakan beberapa
makanan pasti yang memulihkan kesiahatan dengan cepat dan selamat.
- Berat badan yang melebihi. Seperti yang dimaklum sesiapa yang
menghadapi berat banda terlebih akan menaikkan risiko berbagai
penyakit. Kegemukkan boleh berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan
metabolisma atau lebihan makanan atau kekurangan sesuatu yang
sepatutnya. Ubatan tidak dapat mengimbangkan masalah ini, tetapi penawar
alami akan dengan sendirinya mengimbangi beberapa hal dalam badan.
- Gula, terutamanya gula terproses, menyebabkan berbagai masalah
kesihatan masyarakat moden sekarang. Terlalu banyak gula akan
menyebabkan radangan dan ia adalah penyebab utama kebanyakan penyakit
yang diketahui. Antara penyakitnya ialah tekanan darah tinggi, kencing
manis, sakit jantung, dan juga semua isu sistem imun yang masyarakat
kita menderita seperti gout. Penawar alami boleh mengimbangi paras
normal asid urik dan memberikan zat nutrisi penting yang pengambilan
gula memudaratkan.
- Antibiotik, hari ni antibiotik telah di lebih gunakan. Memang
adakalanya bagus digunakan. Perkataan antibiotik itu sendiri bermaksud
melawan kehidupan dan itulah apa yang dilakukannya. Antibiotik
melenyapkan semua organisma dalam badan, termasuk yang baik dan
diperlukan oleh kesihatan.
- Ramai orang menghadapi masalah disebabkan oleh ketidakseimbangan
microorganism sihat yang diperlukan untuk penghadaman yang baik dan
sistem imun yang berkesan. Dan juga, ramai orang yang mengambil
antibiotik telah pun menderita dengan sistem imun yang lemah. Penawar
alami boleh membantu memulihkan semula sistem pertahanan alami badan
kita.
- Keseimbangan pH juga sangat penting dijaga seperti mana suhu badan,
terlalu tinggi tidak baik dan terlu rendah juga tidak baik. Semua yang
tersenarai di atas memberi kesan pada pH dengan meningkatkan keasidan
dan kristal asid urik. Lagi tinggi paras asid lagi rendah oksigen dalam
badan anda. Sel badan membuat kumbahan berasid dan biasanya dinyah
melalui air kencing. pH yang rendah atau tinggi paras asid menyebabkan
gout dan juga pengerasan arteri dan radangan sendi dan tisu sel badan.
- Paras rendah elektrolit (mineral) disebabkan oleh ubat dadah, diet
kurang dan kurang aktiviti. Penawar alami boleh mengatasi masalah ini
dengan memberi imbangan paras mineral seperti kalsium, potassium,
magnesium dan banyak lagi.
Ini adalah satu pengenalan untuk memberi kesedaran kepada anda bahawa
kita hidup sihat dari makanan hidup dan segar, kita tak dapat hidup
sihat dari makanan mati atau bahan kimia iaitu dadah dan makanan
terproses.
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan Masukan Komentar, Saran, Ide Dari Anda..