Najis Campur Darah Petanda Awal
RAMAI antara kita pernah mengalami masalah pendarahan
apabila buang air besar. Gejala najis bercampur berdarah ini sebenarnya
petanda penting yang menunjukkan badan kita ada masalah kesihatan yang
perlu mendapat rawatan segera.
Pendarahan ketika buang air besar dikategorikan
sebagai masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat kita terutama di
kalangan golongan muda pada peringkat umur produktif iaitu antara 20
hingga 30 tahun.
Masalah ini lebih kerap berlaku pada individu yang
terlalu banyak mengambil karbohidrat yang diproses, daging dan kurang
makan sayur-sayuran serta buah-buahan. Karbohidrat yang diproses
bermakna sumber karbohidrat dibersihkan daripada kekasaran luaran
melalui kaedah penulenan.
Dalam proses ini, hampir semua vitamin, galian serta
serat turut terbuang dan yang tinggal hanya kalori. Untuk menjadikan ia
berkhasiat, sesetengah produk diperkayakan dengan memasukkan semula zat
yang terbuang tadi. Antara contoh karbohidrat proses ialah roti putih,
gula atau bahanyang dibuat daripada tepung.
Inilah sebabnya bagi individu yang mengamalkan
pemakanan kaya karbohidrat proses lebih kerap mengalami masalah sistem
perkumuhan terutama jika mereka juga kurang mendapat bekalan serat, air
dan jarang bersenam.
Ada banyak punca yang boleh menyebabkan pendarahan
ketika buang air besar. Punca yang paling lazim ialah buasir dan kanser
usus selain rekahan pada kulit saluran dubur (masalah biasa dan
menyakitkan, disebabkan sembelit atau mengeluarkan najis secara paksa),
polip pada rektum dan usus besar serta ulser.
Masalah ini juga dipanggil pendarahan rektum
(bahagian akhir usus besar) kerana rektum terletak betul-betul di atas
lubang dubur. Kebanyakan pendarahan rektum pada usus besar, hujung usus
besar atau dubur. Usus besar ialah sebahagian daripada saluran
gastrointestin; iaitu laluan makanan selepas ia dicerna dalam usus
kecil.
Usus besar bertanggungjawab menyingkirkan air
daripada makanan yang tidak tercerna dan menyimpannya sehinggalah ia
dibuang sebagai najis. Rektum pula adalah bahagian terakhir usus besar
(15 sentimeter dari dubur). Manakala esofagus, perut, duodenum dan usus
kecil dipanggil saluran gastrointestin atas.
Menurut Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr
Abdul Hamid Mat Sain, walaupun ramai yang menganggap ia agak memalukan
tetapi gejala berbahaya tidak boleh dipandang ringan dan perlu diberikan
perhatian segera bagi mengesan punca sebenar menyebabkan pendarahan.
Sikap tunggu dan lihat sebenarnya boleh menyebabkan
masalah ini bertambah berat kerana ramai yang menganggap ia bukanlah
perkara membimbangkan apabila pendarahan berhenti selepas beberapa
ketika tanpa mendapatkan sebarang rawatan.
“Warna darah juga sebenarnya berbeza dan secara umum
warna ia boleh memberikan gambaran kasar kepada punca, penyakit dan
lokasi pendarahan. Jika warna darah yang keluar bersama najis itu merah
cerah bermakna penyakit berada dekat dengan kawasan dubur (di bahagian
usus yang hampir dengan kulit). Ia mungkin disebabkan masalah pada
saluran menyebabkan salur darah bengkak dan pecah seperti yang berlaku
pada pesakit buasir.
“Jika warna darah merah gelap bermakna pendarahan
berlaku pada bahagian usus yang lebih dalam. Penyakit pada umumnya lebih
berbahaya seperti kanser usus. Ini adalah punca pendarahan rektum yang
paling lazim,” katanya.
Warna najis yang hitam dan melekit seperti tar
(dipanggil melena) pula menandakan ada pendarahan pada bahagian lebih
atas (pangkal) usus, esofagus, perut atau duodenum (usus kecil). Melena
atau najis tar ini terhasil apabila pendarahan berlaku terlalu lama
dalam usus besar yang memberikan peluang bakteria bertindak dan
menghuraikannya kepada bahan dipanggil hematin yang berwarna hitam dan
berbau sangat busuk. Inilah sebabnya apabila berlaku pendarahan rektum
kali pertama, pesakit perlu menjalani pemeriksaan segera.
Selain warna, kuantiti darah juga boleh menjadi
petanda tahap penyakit atau masalah yang dialami seseorang. Biasanya
pendarahan rektum sederhana dikategorikan apabila banyak darah keluar
setiap kali buang air besar. Jika kuantiti ini lebih banyak, bermakna
pendarahan sudah mencapai tahap serius.
Pendarahan rektum juga boleh menyebabkan pesakit
berasa lesu, pening atau pitam khususnya bagi mereka yang mengalami
pendarahan serius. Kadang kala pesakit juga boleh mengalami simptom
tekanan darah rendah terutama apabila berdiri selepas lama duduk di
tandas.
Masalahnya ramai antara kita tidak mendapat
pemeriksaan awal secukupnya. Bahkan pesakit juga enggan diperiksa kerana
malu sebaliknya hanya meminta ubat daripada doktor. Tindakan ini
sebenarnya perlu diubah kerana tanpa pemeriksaan, masalah sebenar yang
dihadapi tidak dapat diketahui.
Dr Abdul Hamid berkata, pemeriksaan saringan pertama
paling minimum ialah ujian rektum digitar yang memerlukan doktor melihat
dan memasukkan jari ke dalam dubur pesakit. Ujian ini tidak sakit dan
hanya mengambil masa satu atau dua minit saja. Biasanya melalui
pemeriksaan ini, doktor boleh memeriksa keadaan dinding usus, bengkak,
buasir, kanser atau ketumbuhan yang tumbuh di hujung usus besar.
Jika pendarahan bukan disebabkan buasir, ini bermakna
pendarahan berlaku di bahagian usus yang lebih dalam dan diagnosis
seterusnya perlu dijalankan kerana 50 peratus kanser usus lazimnya
berlaku pada 15 sentimeter ke dalam usus (dari dubur).
Pada peringkat awal, pesakit umumnya tidak dapat
membezakan sama ada pendarahan itu disebabkan buasir atau kanser usus
kerana ramai yang mengalami kedua-dua masalah serentak. Jika didapati
ada ketumbuhan dalam rektum, dokter akan menjalankan biopsi dengan
mengambil secebis tisu daripada ketumbuhan berkenaan untuk diperiksa.
“Pesakit perlu membuang rasa malu kerana ia
menghalang proses rawatan. Paling penting, jika pendarahan itu
disebabkan kanser, ia boleh dirawat awal. Jika tiada buasir atau kanser,
ini bermakna pendarahan berlaku pada bahagian atas gastrointestin. Ia
boleh dipastikan melalui ujian kolonoskopi untuk mengesahkannya.
“Gejala najis berdarah juga berlaku pada kanak-kanak
tetapi ia biasanya disebabkan masalah sembelit dan bukannya kanser.
Bagaimanapun bagi orang dewasa, jangan buat tidak endah pada gejala ini
kerana ia petanda penting wujudnya masalah kesihatan,” katanya.
Ulasan: Produk herba HPA yang baik
untuk diamalkan ialah Herba Tuju Angin (3×2), Pelawas (3×2) dan Mengkudu
(2×2). Ketiga-tiga herba ini bertujuan untuk membersihkan semua sistem
pencernaan, termasuk usus yang bermasalah atau sembelit. Makan 30 minit
sebelum makan atau 2 jam selepas makan.
Setelah proses colon cleansing selesai, kemudian
amalkan Spirulina (3×2)dan Teh Herba (2 uncang untuk diminum pagi dan
petang). Kedua-dua herba ini bermanfaat untuk meningkatkan aktiviti
antivirus, kuman dan bakteria yang berada di dalam tubuh, sekaligus
mempercepat penyembuhan luka yang mungkin terjadi di usus. Serta
meningkatkan daya tahan tubuh.
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan Masukan Komentar, Saran, Ide Dari Anda..